Dasar-Dasar Pendidikan Malaysia
DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)
MBMMBI ialah singkatan bagi Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris. Ia sebenarnya mula diperkenalkan setelah terdapat pelbagai isu dan ketegangan dalam masyarakat sejak Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mula dilaksanakan pada tahun 2003. Pada 8 Julai 2009, Kabinet memutuskan untuk melaksanakan MBMMBI ini setelah terdapat kajian dan pemantauan Pelaksanaan PPSMI serta Meja Bulat PPSMI. MBMMBI diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 2011 setelah pemansuhan PPSMI.
Definisi Memartabatkan MBMMBI
Memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa Inggeris pula membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
📌Matlamat utama untuk memartabatkan Bahasa Melayu adalah suatu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia untuk memperkukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara dan pada masa yang sama,bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1 Malaysia.
📌Matlamat utama memperkukuh Bahasa Inggeris pula adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional, mempunyai peluang yang lebih baik dalam pasaran kerja global, dan menggalakkan proses pembelajaran yang lebih berkesan di sekolah-sekolah.
Mengapa PPSMI digantikan dengan MBMMBI?
Pelaksanaan MBMMBI menggantikan PPSMI adalah rentetan daripada status pelaksanaan PPSMI itu sendiri. Hasil kajian mendapati PPSMI tidak dapat dilaksanakan seperti yang dihasratkan kerana mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep Matematik dan Sains kerana mereka tidak faham Bahasa Inggeris. Hal ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam Bahasa Melayu supaya murid dapat memahami kedua-dua mata pelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.
Dalam kenyataan beliau juga ada mengatakan penggantian PPSMI dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) mula memperlihatkan kesan positif dan tiada keperluan PPSMI untuk dilaksanakan semula.
Strategi Pelaksanaan Dasar MBMMBI
Bagi memastikan sistem pendidikan negara yang berkualiti dapat dikecapi oleh semua warga Malaysia, satu pelan yang mantap telah disediakan. Dengan terhasilnya PPPM 2013 – 2025 yang telah dilancarkan pada tahun 2012 maka, sistem pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri dapat direalisasikan. Pelan ini menentukan hala tuju pelaksanaan Dasar MBMMBI. Beberapa inisiatif dan aktiviti dikenal pasti bagi mencapai matlamat Dasar MBMMBI.
Sebanyak tiga belas inisiatif di bawah Dasar MBMMBI yang berpandukan Rancangan Malaysia Ke-10 telah digariskan. Bagi melaksanakan kesemua inisiatif tersebut, lapan strategi utama dikemukakan sebagai Pelan Tindakan Utama inisiatif MBMMBI. Berikut ialah rumusan ringkas lapan strategi berkenaan:
Bagaimanakah guru dilatih untuk melaksanakan Dasar MBMMBI?
Bagi membentuk dasar MBMMBI dengan jayanya, KPM telah mengadakan program latihan dan peningkatan profesionalisme guru bagi subjek BM dan BI. Antara program yang dikendalikan ialah:
Latihan untuk Bahasa Melayu:
🔑Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
🔑Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu
🔑Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Latihan untuk Bahasa Inggeris
🔑Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen BI
🔑Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen BI
🔑 Latihan Guru Kontrak BI
KPM telah merancang dan melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI untuk melatih guru Bahasa Inggeris dalam perkhidmatan untuk meningkatkan profesionalisme guru dan juga melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional. ELTC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program serta kursus berikut;
- Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education (ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG
- Certificate in the Practice of English Language Teaching (C-PELT) untuk guru bukan opsyen bahasa bahasa Inggeris
- Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers (RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti C-PELT
- Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkan kemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan 1 di sekolah-sekolah Band 3 – 5
- Memartabatkan Bahasa Malaysia: MBMMBI bertujuan untuk memastikan bahawa Bahasa Malaysia terus menjadi bahasa rasmi Malaysia dan bahasa pengantar dalam semua institusi kerajaan serta dalam bidang penting seperti undang-undang, pentadbiran, dan budaya.
- Meningkatkan Kemahiran Bahasa Inggeris: Objektif penting MBMMBI adalah untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama dalam konteks pendidikan dan pekerjaan. Ini akan memberikan peluang lebih luas kepada rakyat Malaysia dalam ekonomi global.
- Peningkatan Literasi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris: MBMMBI menggalakkan peningkatan literasi dalam kedua-dua bahasa ini di kalangan rakyat Malaysia untuk melahirkan generasi yang berkeyakinan untuk bertutur dan menggunakanya dalam perbualan.
- Pembudayaan bahasa Melayu dan penguasaan bahasa Inggeris bermula peringkat sekolah: Menjurus kepada mencapai matlamat membentuk perpaduan kebangsaan untuk membangun ekonomi negara sebagai satu kuasa baru dalam dunia global yang dinamik dan mencabar.
Bagaimana Objektif MBMMBI dapat dilaksana dan dicapai?
Untuk melaksanakan dan mencapai objektif Dasar MBMMBI, perlu diambil tindakan yang teliti dan terancang. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencapai objektif MBMMBI:
- Amalan pendidikan di sekolah. Sekolah perlu menyusun rancangan dan strategi yang jelas untuk melaksanakan MBMMBI. Ini termasuklah menentukan matlamat dan sasaran bahasa yang spesifik, serta menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.
- Proses pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran. Mengembangkan atau memilih bahan pengajaran yang berkualiti dalam kedua-dua bahasa. Ini termasuk buku teks, bahan pembelajaran digital, dan sumber-sumber yang sesuai. Gunakan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi, perisian, dan platform dalam talian gunakan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
- Kefasihan dan keyakinan penggunaan bahasa Malaysia. Dapat dipupuk dengan digunakan secara rasmi dalam pentadbiran sekolah dan institusi pendidikan untuk membudayakan penggunaan bahasa ini dalam kehidupan sehari-hari.
- Penekanan dalam penggunaan bahasa Inggeris. Galakkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum seperti debat, persembahan, dan kelab bahasa Inggeris.Juga wujudkan peluang untuk pelajar berinteraksi dalam Bahasa Inggeris melalui perbincangan, persembahan, dan kerja berkumpulan.Informasikan pelajar mengenai manfaat kemahiran berbahasa Inggeris dalam memahami dunia moden, berkomunikasi dengan pelbagai budaya, memasuki pasaran kerja global serta menguasai teknologi dan maklumat
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) merupakan satu dasar yang diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2011, bagi mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan, dan melalui dasar ini ia memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Dasar 1M1S dapat memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan fokus atau penekanan dalam melahirkan modal insan secara holistik ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang berdaya saing tinggi.
- Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif
- Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah
- Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi
Berikut merupakan objektif jangka panjang dan jangka pendek yang ingin diperoleh dari dasar 1M1S ini:
1. Meningkatkan kecergasan jasmani
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3. Memupuk perpaduan di antara kaum
4. Membentuk budaya sukan di kalangan murid
5. Memenuhi naluri semulajadi murid agar aktif dari segi fizikal
6. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal
7. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.
Bagaimana Objektif 1M1S Dapat Dilaksana Dan Dicapai?
Program sukan sepanjang tahun merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Melaksanakan sukan sepanjang tahun kepada semua termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan dengan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan.
Antara sukan / permainan yang dicadangkan untuk pelaksanaan Dasar 1M1S adalah seperti berikut:
a. Program Sukan Umum – sepanjang tahun
- Latihan rumah sukan
- Merentas desa
- Sukan / permainan
- Balapan dan padang
- Pertandingan merentas desa
- Sukantara
- Kejohanan balapan dan padang
b. Kelab Sukan dan Permainan – sepanjang tahun dimana memerlukan 90 minit seminggu untuk Sekolah Menengah dan 60 minit seminggu untuk Sekolah Rendah Program ini memerlukan latihan pelbagai permainan dan Modified Game
c. Program Pertandingan Dalaman – sepanjang tahun pula merupakan pertandingan
- Pertandingan antara rumah sukan
- Pertandingan antara tingkatan / kelas
- Pertandingan antara dorm diantara asrama
d. Bagi murid yang mempunyai bakat dalam sukan pula mereka akan mewakili sesuatu sukan ke peringkat yang lebih tinggi seperti daerah, negeri, negara.
KUIZ BERKENAAN DASAR 1M1S
NAK MENGUJI KEFAHAMAN ANDA TENTANG DASAR INI?
LETS PLAY A QUIZ GAME!!
The magic link for this blog is
Kesimpulan
Dasar 1Murid 1Sukan banyak memberikan faedah kepada murid-murid. Semua pihak wajar memberikan galakan dan sokongan kepada murid-murid untuk menyertai aktiviti sukan. Pihak sekolah mestilah melaksanakan dasar ini dengan sempurna agar matlamat murni yang ditetapkan dapat dicapai.
.png)













No comments:
Post a Comment