Tuesday, October 3, 2023

6.3 KEPENTINGAN & FUNGSI DASAR-DASAR PENDIDIKAN

 

6.3
KEPENTINGAN & FUNGSI DASAR-DASAR PENDIDIKAN

 

APA ITU DASAR?

v v Dasar dari segi bahasa pula ialah asas, tunjang, teras yang bertujuan untuk pengukuhan sesuatu perkara.

 

v v  Menjadikan perjalanan kehidupan rakyat/warganegara berlangsung dengan baik. Dasar dibentuk untuk manusia mengatur perjalanan hidupnya.


DASAR PENDIDIKAN

v  v  Suatu prinsip dan tindakan yang khusus berkaitan dengan isu-isu pendidikan, yang diikuti atau seharusnya diikuti dan direka bentuk untuk mencapai matlamat yang ditetapkan (Trowler, 2003)

Ø  v   Suatu garis panduan untuk mencapai hasrat pendidikan yang dimatlamatkan (Abdullah sani 2003)

 

Di Malaysia, dasar-dasar pendidikan terbahagi kepada empat bahagian iaitu Dasar Kebajikan, Dasar Solusi, Dasar Kawalan dan Dasar Inovasi. Dasar-dasar inilah yang bakal menetukan hala tuju Malaysia pada waktu akan datang. Dasar-dasar ini juga merupakan dasar yang memberi kepentingan terhadap pembangunan pendidikan di Malaysia.



APA ITU DASAR KEBAJIKAN?

Dasar Kebajikan adalah untuk memberikan bantuan khususnya kepada para pelajar yang susah untuk menampung keperluan untuk bersekolah.

Pendidikan itu ialah perkhidmatan yang merupakan suatu kebajikan. Pendidikan adalah ke arah mengubah tahap pemikiran, keilmuan, kemahiran dan kemanusiaan kepada tahap yang lebih tinggi. Bagi melaksanakan dasar ini, kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang besar untuk menaja projek-projek pembangunan prasarana dan perkhidmatan.

Contohnya, Dasar Bantuan Kewangan (Biasiswa, PTPTN, KWAMP), Bantuan Pendidikan (RMT, Skim Susu, derma), Pinjaman Buku Teks dan Perlindungan Pelajar (Skim Insurans). Hal ini supaya pelajar dari pelbagai latar belakang mempunyai peluang untuk menambahkan ilmu, kemahiran dan sifat kemanusiaan kearah yang lebih tinggi. Ini akan membuka peluang pekerjaan yang lebih cerah kepada pelajar dan akan menjadikan negara Malaysia lebih maju. 

Contoh dasar kebajikan adalah:





APA ITU DASAR SOLUSI ?

 

Dasar solusi ialah yang berkaitan dengan penyelesaian masalah yang memberi tumpuan kepada aspek sosial dan ekonomi. Dasar ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang timbul. Interkasi yang berlaku tidak selalunya lancar kerana kerap kali mengalami gangguan dan halangan. Oleh itu dasar-dasar solusi dalam pendidikan mensejajarkan semula hala tuju, pelaksanaan dan perancangan yang dibuat dalam bidang pendidikan.

Dasar ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara para pelajar terutamanya yang berbeza agama, kaum, bangsa dan status sosio ekonomi mereka seperti dasar 1M1S. Dasar ini juga bagi mengelakkan berlakunya keciciran pelajar dan juga bagi menjadikan sesebuah sekolah sebagai tempat yang selamat untuk para pelajar belajar dan bersosial seperti dasar Keciciran Sifar dan dasar Sekolah Selamat. Dasar ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang mampu menguasai Ilmu Sains, Matematik, Teknologi dan bahasa inggeris seperti dasar PPSMI. Dasar ini juga adalah untuk membangunkan pelajar yang mencintai dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan menguasai bahasa Inggeris seperti dasar MBMMBI. Terdapat 5 contoh dasar solusi ialah:



APA ITU DASAR KAWALAN?

 

Dasar yang memberi pengertian kepada mendisiplin. Mendisiplinkan merupakan penerapan dasar legislatif dalam bentuk akta yang menggunakan syarat dan hukuman. Dasar ini ialah dalam bentuk amaran lisan, amaran bertulis, penahanan, pemindahan dan pemecatan yang bertujuan sebagai pencegahan, pengajaran dan peringatan.

Bagi Dasar Kawalan, Akta ini mengenakan syarat serta hukuman di atas tingkah laku dan kesalahan yang dilakukan yang mana adalah merupakan bentuk daripada dasar legislatif yang mana merupakan dasar yang diterapkan dalam isu disiplin. Setiap pendidikan dan  pelajar akan mematuhi perkara-perkara yang tedapat dalam syarat yang sudah termaktub dalam Dasar Kawalan supaya tidak akan dikenakan hukuman.Antara contoh Dasar Kawalan yang ada di Malaysia ialah Kod etika, Peraturan dan Undang-Undang Pendidikan dan Akta Pendidikan 1996. Akta-akta ini adalah amat penting kerana ianya bagi memastikan setiap guru dan pelajar menjadi seseorang yang berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tugas masing-masing sebagai pendidik dan pelajar. Contoh dasar kawalan ialah:




APA ITU DASAR INOVASI?

Dasar yang bertujuan membawa dan memberi pembaharuan dalam pendidikan negara. Dasar ini bersifat futuristik-pragmatik kerana membawa pendidikan kepada keadaan yang lebih baik dari tahap yang sedia ada.

Dasar Inovasi ini memiliki kepentingan bagi memastikan pendidikan Malaysia sentiasa ada pembaharuan kearah yang lebih baik. Sentiasa memperbaiki kelemahan-kelemahan terdahulu dari semasa ke semasa akan menjadikan pendidikan di Malaysia terus berkembang maju selaras dengan negara-negara moden yang lain. Antara contoh dasar inovasi di Malaysia ialah :






KESIMPULAN

Kesimpulannya, Dasar merupakan suatu kerangka, panduan, pelan, strategi atau petunjuk yang dirancang untuk menterjemahkan wawasan kerajaan kepada suatu program dan tindakan untuk mencapai hasrat yang dingini. Dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan bertujuan untuk mendisiplin / kawalan, inovasi, solusi dan kebajikan / perkhidmatan. Dasar-dasar ini memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan hala tuju Pendidikan di Malaysia dapat terus bergerak kearah hadapan. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat tidak mengira bangsa, agama dan budaya perlulah bersatu padu dalam memastikan dasar-dasar ini dapat dilaksanakan secara efektif dan menyeluruh.








 DISEDIAKAN OLEH : HIDAYATULLAH BINTI MAT

NO MATRIK : L20222013528

 

No comments:

Post a Comment

KAMI GURU MALAYSIA