Pengenalan
Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) dibentuk bagi menggantikan sistem vernakular tinggalan Barat. DPK direalisasikan bagi mewujudkan matlamat negara.
DPK dibentuk melalui Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib dan Akta Pendidikan 1961.
Kesan-Kesan Pelaksanaan
Antara kesan-kesan pelaksanaan DPK termasuklah:
- kadar celik huruf meningkat
- perpaduan dalam kalangan rakyat
- bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
- keseragaman dalam pelaksanaan sistem pendidikan
- pembangunan & kemajuan negara berkembang pesat
- tenaga kerja berpengetahuan, terlatih dan berkemahiran meningkat.
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan:
- menyatupadukan murid berbilang kaum, menyediakan tenaga kerja yang mencukupi bagi memenuhi keperluan masyarakat dan ekonomi.
- memupuk perkembangan kebudayaan, ekonomi, sosial dan politik serta membina sistem pendidikan yang memenuhi kehendak dan keperluan negara.
Langkah-langkah dan strategi mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan
- Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama
- mengadakan kurikulum dan sistem peperiksaan sama
- melicinkan tatacara pengurusan pendidikan
- mendemokrasikan pendidikan
- pelaksanaan kurikulum kebangsaan
- meluaskan pendidikan vokasional dan teknik
- pengajaran bahasa ibunda
- menggalakkan aktiviti kokurikulum
- penekanan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.




No comments:
Post a Comment