Dasar-dasar pendididkan membawa pengaruh terhadap pembangunan insan dan pembangunan Negara. Pembangunan merupakan satu proses yang sangat penting dalam sesebuah negara bagi membolehkan negara tersebut mencapai kemajuan dari pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal dan kebendaan. Pembangunan akan berubah dari masa ke semasa dengan begitu cepat dan pesat mengikut peredaran zaman.
Pembangunan bermaksud proses membina, mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Insan pula bermaksud insan atau manusia yang dijelaskan sebagai makhluk yang telah dicipta oleh Tuhan. Maksud yang ingin disampaikan ialah pembinaan insan yang tepat dan betul dapat membantu sesebuah negara dalam melahirkan masyarakat yang memastikan kejayaan masa depan negara. Secara umum dan amnya konsep pembangunan modal insan dan kepentingannya berkenaan dalam pembangunan negara pada masa kini dan akan datang.
Pembangunan Insan di rujuk sebagai pembangunan sumber
manusia yang perlu digilap di peringkat awal iaitu semasa di usia muda kerana
ia merupakan elemen penting bagi memastikan negara terus berdaya saing dan
tahan lebih-lebih dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan
serta bertunjangkan sains dan teknologi.
Pada hari ini, rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup adalah hasil daripada pendekatan pembangunan negara yang dirancang sejak kemerdekaan dicapai. Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara.
Antara dasar-dasar pendidikan Malaysia yang akan diterangkan ialah PPSMI, MBMMBI, Dasar 60:40, Dasar 1M1S, Dasar Pendidikan Percuma, Dasar Sekolah Selamat dan Dasar PTPTN.
1. Dasar PPSMI : Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Akhirnya pada 8 Julai 2009 dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah kajian mendalam dilakukan.
2. MBMMBI : Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ialah sebuah dasar kerajaan Malaysia dalam mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan para pelajarnya di Malaysia.

Keadaan ini boleh menjejaskan matlamat Pelan Haja Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi dan usaha mencapai status negara maju menjelang 2020. Usaha berkesan perlu dilakukan untuk meningkatkan minat pelajar dalam aliran sains seperti galakan daripada ibu bapa dan keluarga, kualiti pengajaran guru, keberkesanan pengurusan sekolah, kemudahan prasarana, aktiviti kokurikulum akademik berasaskan sains, pengaruh rakan sebaya, peruntukan kewangan dan pelbagai insentif. Memang benar jika minat sudah meningkat maka mata pelajaran Sains tidaklah dianggap sukar.

Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang
keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin
dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat
berjalan dengan baik.
Matriks Nombor: L20222013847





No comments:
Post a Comment