Tuesday, October 3, 2023

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU: PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

 

5.1 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

5.1.1 Sejarah Pembentukan & huraian kandungan 



Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia    

Sebelum 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempuyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada pada masa tersebut hanya bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. 

Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:

i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.

ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

Pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasi Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama falsafah tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.

5.1.2 Pernyataan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru


"Pendidikan guru di Malaysia adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." (BGP, KPM, 1982)






5.1.3 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru


Kandungan

Keterangan  

Contoh

Berpekerti mulia

Bersedia untuk meletakkan kepentingan utama kepada orang lain melebihi diri sendiri

Sentiasa memberi pertolongan secara ikhlas

Berpandangan progresif dan saintifik

Berfikiran positif dan proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran. Sentiasa berusaha mencari dan mengguna idea, kaedah dan bahan baru dalam melaksanakan bidang tugas

Berusaha mempunyai pelbagai teknik mengajar

Bersedia menjunjung aspirasi negara

Sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai perkara terpenting. Mengutamakan kepentingan negara dalam melaksanakan tugas

Taat arahan dan utamakan dasar KPM

Menyanjung warisan kebudayaan negara

Meletakkan diri sendiri sebagai role model untuk mengelakkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibubapa dan masyarakat

Menjaga kelakuan sepanjang masa

Menjamin perkembangan individu

Sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid diberikan peluang untuk kembangkan potensi secara menyeluruh dalam pelbagai aspek

Murid bebas memilih subjek elektif, aktiviti kokurikulum dan mengemukakan idea

Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan

Menerapkan elemen perpaduan semasa mengajar dan kokurikulum

Memelihara suatu masyarakat yang demokratik

Sentiasa memberikan peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan dan berlaku adil dalam membuat keputusan serta bertindak berasaskan pertimbangan wajar

Memberi nasihat kepada murid dalam membuat keputusan

Memelihara suatu masyarakat yang progresif

Memberi penekanan kepada pelbagai aspek dalam melaksanakan tugasan bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru juga menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan merekacipta

Melahirkan guru dan murid yang berfikiran jauh

Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi nilai penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin

Menerapkan semangat cinta kemerdekaan dalam diri setiap murid





5.2 Profesion & Profesionalisme Keguruan


5.2.1 Definisi Profesion & Profesional

Profesion - Penguasaan sesuatu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu badan profesional dalam pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dan dikehendaki masyarakat

Profesional - Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan secara mendalam, menunjukkan kreativiti dan inovasi ke atas bidang yang diceburi serta berfikiran positif dengan menyangjung tinggi etika dan integerasi profesion.

   

                                                            


5.2.2 Kriteria Guru Profesional 


1)ILMU PROFESIONAL GURU

 

2)KEMAHIRAN GURU


 

3)NILAI & SAHSIAH GURU

a) Isi kandungan/ konten

 

 

a) Komunikasi

 

a) Pekerti mulia

b) Pedagogi

 

 

b) Teknologi

 

b) Jujur

c) Kurikulum

 

 

c) Kaedah & Teknik

 

c) Amanah

d) Pelajar

 

 

d) Pengurusan bilik darjah

 

d) Sabar

e) Peka

 

 

e) Pemikiran yang positif

 

e) Komited dalam profesion

f) Mengamalkan pengajaran elektif

 

 

f) Menyanjung tinggi

 

f) Sifat sosial yang baik




 

5.2.3 Kriteria Profesion Keguruan Sebagai Kerjaya Profesional 

i. Kerjaya unik 

Guru hendaklah sentiasa dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan (pdp)

ii. Tahap pendidikan/ pengetahuan yang tinggi

Seorang guru memerlukan menjalani tempoh pengajian di Institusi pendidikan guru dalam tempoh 4-5 tahun untuk mendalami komponen pengetahuan dan kefahaman,kemahuran kaedah dan teknik serta amalan nilai profesional.

iii. Latihan yang lama

Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul.Oleh itu,seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.

iv. Kod etika

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk,serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

v. Persatuan

Kebanyakan profesion mempunyai suatu badan atau organisasi yang terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa,pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion.

vi.      Tanggungjawab

Ahli suatu profesion diamanahkan dengan tanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.








Disediakan oleh;
NORSHAIDATUL AKHMA BTE BADRUL HISAM 
L20222013844

                                                   





5.3 Standard Guru Malaysia



       Standard Guru Malaysia

   Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

    Latar Belakang Malaysia 
    Latar Belakang Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.

     Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.

     Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.

     Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:


            ”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”


 (Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )

         Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

    
        Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. 

        Bahagian Pendidikan Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. 

Rasional

Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:

 1.Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan, 

2.Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,

 3.KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, 

 4.Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi. 


Tujuan 

Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:

 1.mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,

 2.mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

 3.Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan.


 Penggubalan

Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:

 1.Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik, 

2.Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan,

3.Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihakpihak berkepentingan 

Penggunaan 

Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:

 1.Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

 2.Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

 Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan 

1.Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.

 2.Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

 3.Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan). 

4.Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.

 Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan

1.Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.

 2.Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.

 3.Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

Agensi Latihan Perguruan

1.Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.

 2.Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

 3.Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

 Glosari 

Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia:

1.Guru

     Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan.

 2.Institusi Pendidikan 

    Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.

 3.Standard

    Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru. 

4.Keperluan 

Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.

 5.Bilik Darjah 

    Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal.

 6.Kompetensi 

    Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

 7.Institusi Latihan Perguruan 

    Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

 8.Agensi Latihan Perguruan 

    Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG 

9.Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

    Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

 10.Sekolah 

    Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional. 

11.Murid

     Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.

 12.Program 

    Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan.

 13.Kursus 

    Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran.

 14.Kurikulum

     Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. 

15.Aktiviti Kokurikulum

     Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.

 16.Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

     Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

 17.Minggu Orientasi Sekolah (MOS)

     Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.

 18.Praktikum

     Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri. 

19.Penilaian

     Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.

 20.Pembangunan Profesionalisme Berterusan

     Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.

 21.Hasil Pembelajaran 

    Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

 22.Pihak Berkepentingan

 Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.

 23,Budaya IPG

     Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

 24.Infrastruktur 

    Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.

 25.Infostruktur

     Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.

 26.Pengurusan Kualiti 

Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. 

27.Pendidik Guru

     Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.


5.4 Kerangka & Model Standard Guru Malaysia

Kerangka Standard Guru Malaysia (KSGM) merupakan satu inisiatif penting yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2018 dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini. KSGM adalah satu set garis panduan yang ditetapkan untuk memperbaiki profesionalisme guru-guru Malaysia dan menyediakan landasan yang kukuh bagi pembangunan dan peningkatan mereka dalam bidang pendidikan.

Salah satu elemen utama dalam KSGM adalah pendidikan dan kepakaran guru. Guru-guru dikehendaki mempunyai pendidikan dan kepakaran yang mencukupi dalam mata pelajaran atau disiplin yang mereka ajar. Ini bermakna guru-guru perlu memahami sepenuhnya subjek yang mereka ajar dan terus-menerus meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang tersebut. Pendekatan ini memastikan bahawa guru-guru mampu memberikan pengajaran yang berkualiti kepada pelajar.

Pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting dalam KSGM. Guru-guru perlu memahami pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Mereka juga diharapkan untuk mencipta persekitaran pembelajaran yang kondusif dan melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pembelajaran. Ini membantu meningkatkan daya minat dan pemahaman pelajar terhadap subjek yang diajar.

Pengukuran dan penilaian juga merupakan unsur penting dalam KSGM. Guru-guru perlu dapat menilai pencapaian pelajar dengan adil dan objektif. Mereka harus menggunakan pelbagai jenis instrumen penilaian dan data untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran. Dengan cara ini, guru-guru dapat memberikan maklum balas yang bermakna kepada pelajar dan membantu mereka meningkatkan prestasi mereka.

Pembangunan profesional adalah komponen lain yang penting dalam KSGM. Guru-guru perlu sentiasa memperkembangkan diri mereka melalui latihan, kursus, atau aktiviti pembelajaran berterusan. Ini membantu mereka mengekalkan dan meningkatkan kemahiran mereka sebagai pendidik yang berkualiti.

Selain daripada itu, guru-guru juga perlu menguasai kemahiran pengurusan kelas dan murid. Mereka harus dapat menguruskan kelas dengan baik, termasuk dalam hal pengawalan disiplin dan interaksi dengan pelajar. Guru-guru juga diharapkan untuk memahami keperluan individu pelajar dan memberikan sokongan yang sesuai untuk membantu mereka mencapai potensi maksimum.

Kerjasama dan hubungan yang baik dengan rakan sekerja, ibu bapa, dan pihak berkepentingan lain dalam pendidikan juga ditekankan dalam KSGM. Guru-guru perlu dapat bekerjasama dengan semua pihak ini untuk memastikan bahawa pendidikan berjalan dengan lancar dan efektif.

Akhir sekali, etika profesional adalah satu aspek yang sangat penting dalam KSGM. Guru-guru perlu mematuhi kod etika dan tatakelakuan profesion yang telah ditetapkan. Mereka juga perlu menjaga integriti dan menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab.

KSGM bertujuan untuk memastikan bahawa guru-guru Malaysia mempunyai standard yang tinggi dalam memberikan pendidikan kepada pelajar. Pihak berkuasa pendidikan di Malaysia menggunakan KSGM sebagai panduan dalam pemilihan, latihan, dan penilaian guru-guru. Dengan pelaksanaan KSGM yang teliti, diharapkan bahawa kualiti pendidikan di Malaysia akan terus meningkat, memberikan peluang yang lebih baik kepada generasi muda untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.


Model Standard Guru Malaysia



 Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3).  Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu.

    Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard.  Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2),  kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).

              Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia, Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.



 

6.1 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Malaysia

 DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA 










Pautan Link Video Pembentangan: VIDEO DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

Pautan Link Slaid Pembentangan: SLAID DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN MALAYSIA

Disediakan Oleh: LIEW LOO YEAN 

Matriks Nombor: L20222013800 



KAMI GURU MALAYSIA