Tuesday, October 3, 2023

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU: PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

 

5.1 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

5.1.1 Sejarah Pembentukan & huraian kandungan 



Sejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia    

Sebelum 1982, pendidikan guru di Malaysia tidak mempuyai satu falsafah yang tersurat dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada pada masa tersebut hanya bergerak selari dengan matlamat negara yang dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan Rancangan Malaysia. 

Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan hala tuju pendidikan guru di Malaysia iaitu:

i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi mengembangkan lagi potensi murid.

ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.

Pada tahun 1982, Kementerian Pendidikan Malaysia (Bahagian Pendidikan Guru) telah menggubal dan mendokumentasi Falsafah Pendidikan Guru dengan rasminya. Objektif utama falsafah tersebut didokumentasikan adalah untuk menjadi rujukan, panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia.

5.1.2 Pernyataan Kandungan Falsafah Pendidikan Guru


"Pendidikan guru di Malaysia adalah untuk melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung warisan negara serta menyanjung aspirasi kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." (BGP, KPM, 1982)






5.1.3 Kandungan Falsafah Pendidikan Guru


Kandungan

Keterangan  

Contoh

Berpekerti mulia

Bersedia untuk meletakkan kepentingan utama kepada orang lain melebihi diri sendiri

Sentiasa memberi pertolongan secara ikhlas

Berpandangan progresif dan saintifik

Berfikiran positif dan proaktif, inovatif dan motivatif. Mempunyai minda yang kehadapan dan sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran. Sentiasa berusaha mencari dan mengguna idea, kaedah dan bahan baru dalam melaksanakan bidang tugas

Berusaha mempunyai pelbagai teknik mengajar

Bersedia menjunjung aspirasi negara

Sentiasa meletakkan hasrat dan matlamat negara sebagai perkara terpenting. Mengutamakan kepentingan negara dalam melaksanakan tugas

Taat arahan dan utamakan dasar KPM

Menyanjung warisan kebudayaan negara

Meletakkan diri sendiri sebagai role model untuk mengelakkan nilai-nilai yang menjadi warisan kebudayaan negara agar menjadi teladan kepada murid, ibubapa dan masyarakat

Menjaga kelakuan sepanjang masa

Menjamin perkembangan individu

Sentiasa memberikan keutamaan dan memastikan setiap murid diberikan peluang untuk kembangkan potensi secara menyeluruh dalam pelbagai aspek

Murid bebas memilih subjek elektif, aktiviti kokurikulum dan mengemukakan idea

Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu

Mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk dengan menekankan unsur bersatu padu dalam aktiviti yang dijalankan

Menerapkan elemen perpaduan semasa mengajar dan kokurikulum

Memelihara suatu masyarakat yang demokratik

Sentiasa memberikan peluang kepada murid-murid untuk membuat keputusan dan berlaku adil dalam membuat keputusan serta bertindak berasaskan pertimbangan wajar

Memberi nasihat kepada murid dalam membuat keputusan

Memelihara suatu masyarakat yang progresif

Memberi penekanan kepada pelbagai aspek dalam melaksanakan tugasan bagi membentuk murid yang dapat berfikiran secara progresif dan saintifik. Guru juga menekankan kaedah inkuiri-penemuan dan kaedah dapatan bagi memupuk sifat gemar menyiasat dan merekacipta

Melahirkan guru dan murid yang berfikiran jauh

Memelihara suatu masyarakat yang berdisiplin

Memastikan keharmonian, keselamatan dan keamanan menerusi nilai penerapan nilai etika dan peraturan yang mesti dipatuhi untuk murid agar membentuk masyarakat yang cemerlang dan berdisiplin

Menerapkan semangat cinta kemerdekaan dalam diri setiap murid





5.2 Profesion & Profesionalisme Keguruan


5.2.1 Definisi Profesion & Profesional

Profesion - Penguasaan sesuatu bidang ilmu, menjadi ahli sesuatu badan profesional dalam pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dan dikehendaki masyarakat

Profesional - Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan secara mendalam, menunjukkan kreativiti dan inovasi ke atas bidang yang diceburi serta berfikiran positif dengan menyangjung tinggi etika dan integerasi profesion.

   

                                                            


5.2.2 Kriteria Guru Profesional 


1)ILMU PROFESIONAL GURU

 

2)KEMAHIRAN GURU


 

3)NILAI & SAHSIAH GURU

a) Isi kandungan/ konten

 

 

a) Komunikasi

 

a) Pekerti mulia

b) Pedagogi

 

 

b) Teknologi

 

b) Jujur

c) Kurikulum

 

 

c) Kaedah & Teknik

 

c) Amanah

d) Pelajar

 

 

d) Pengurusan bilik darjah

 

d) Sabar

e) Peka

 

 

e) Pemikiran yang positif

 

e) Komited dalam profesion

f) Mengamalkan pengajaran elektif

 

 

f) Menyanjung tinggi

 

f) Sifat sosial yang baik




 

5.2.3 Kriteria Profesion Keguruan Sebagai Kerjaya Profesional 

i. Kerjaya unik 

Guru hendaklah sentiasa dan teruja untuk memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan (pdp)

ii. Tahap pendidikan/ pengetahuan yang tinggi

Seorang guru memerlukan menjalani tempoh pengajian di Institusi pendidikan guru dalam tempoh 4-5 tahun untuk mendalami komponen pengetahuan dan kefahaman,kemahuran kaedah dan teknik serta amalan nilai profesional.

iii. Latihan yang lama

Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul.Oleh itu,seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri dalam bidang tersebut.

iv. Kod etika

Etika ialah suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi.Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk,serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan.

v. Persatuan

Kebanyakan profesion mempunyai suatu badan atau organisasi yang terdiri daripada pelbagai jawatan kuasa,pasukan petugas dan sebagainya yang berusaha untuk mencapai matlamat serta meningkatkan imej profesion.

vi.      Tanggungjawab

Ahli suatu profesion diamanahkan dengan tanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat.








Disediakan oleh;
NORSHAIDATUL AKHMA BTE BADRUL HISAM 
L20222013844

                                                   





KAMI GURU MALAYSIA